Saturday, April 07, 2012

Kasih Sayang ~♥


Sabda Rasulullah S.A.W : 
" Tidak akan beriman sesorang hamba itu, sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. "

Menurut hadis ini, Rasulullah menyeru kepada umatnya untuk menyayangi dan berlaku ihsan terhadap saudara2 ( keluarga , sahabat dan sebagainya ). Hal ini kerana berkasih sayang sesama insan dapat megutuhkan jalinan ukhuwah yang ada. jadi, tidak kira orang tersebut berbuat baik / jahat pada kita, hendaklah kita melayannya dgn penuh kasih sayang. Seandainya saudara kita berbuat kemungkaran atau jahat kepada kita, maka tidak boleh sama sekali membencinya, tetapi seharusnya kita membenci perlakuannya disamping membawa ke jalan yang benar semula. Itulah yang diajar Nabi Muhammad S.A.W kepada kita semua, umatnya. Hayatilah lirik lagu Raihan ini : ~♥

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan


Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka


Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti


Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan


Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana...

* tapi, ingat ! sandarkanlah kasih sayang itu kepada yang selayaknya.
siapa ?Allah, Rasul, ibu, ayah, adik-beradik, saudara-mara terdekat  sahabat, saudara-se-Islam kita.
kalau untuk kawan lelaki ( bagi perempuan ) dan kawan perempuan ( bagi lelaki ) macam mane pulak ?
hmm, sayangilah atas dasar saudara se-Islam kita. bukan tujuan lain..
remember , tiada istilah COUPLE/PACARAN/GEWE/PAKWE/MAKWE dalam Islam tau :)...


harimau pun pandai berkasih sayang, apatah lagi kita yang ada akal ni kan ?


No comments:

Post a Comment