Salam mujahadah buat umat Muhammad !
apa khabar iman kita ? herm, takpe2 . mesti dah ade jawapan dalam hati masing-masing kan ?
moga-moga iman kita semua sentiasa kukuh diatas landasan aqidah yang benar :)
banyakkan berdoa pada-Nya agar ditetapkan hati-hati yang sentiasa berbolak-balik ini .. ;)
Wahai umat Muhammad sekalian,
mungkin ada diantara kita yang amat rindu untuk bertemu dengan insan yang mulia itu.
namun, ternyata pertemuan itu memerlukan pengorbanan yang besar dalam mengejar impian dan harapan yang menggunung tinggi didalam jiwa.
ingin tahu jalannya ?
Mudah saja, beramallah dengan apa yang disukai baginda.
tapi, ape2 pun niat mesti ikhlas tau ! <3
selamat beramal ! ^_^
.
1. niat ikhlas pada setiap malam
2. puasa tiga hari setiap bulan
3. berbicara dengan baik & berwajah manis
4. menjelaskan perbicaran dan mengulanginya sekiranya diperlukan
5. memberikan berita gembira & mengucapkan selamat kepada orang yang memperoleh kebahagiaan
6. mendahulukan anggota kanan dalam segala perbuatan mulia
7. tidak mencela makanan
8. makan makanan yang paling dekat
9. menjadi orang terakhir minum air bagi orang yang memberi minum
10. mengucapkan salam kepada anak-anak
11. memberikan salam apbila meninggalkan majlis
12. menziarahi saudara sesama muslim
13. bermusafir secara berkumpulan
14. mempercepatkan pulang ke rumah sekiranya sudah menyelesaikan keperluan
15. membaca surah al-Fatihah, 3 Qul, al-Mulk, 2 ayat terakhir al-Baqarah, ayat kursi & al-Kahfi
16. berkumpul untuk membaca & mempelajari al-Quran
17. bergerak menuju ke masjid
18. mendirikan solat secara berjemaah
19. solat pada saf pertama
20. menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum solat subuh
21. menunaikan solat sunat dhuha
22. menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid
23. menunaikan solat malam
24. memohon ampun kepada Allah

.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment