Assalamualaikum w.b.t ...
Buah limau dalam talam,
Sambil makan cuci mata,
Amalkanlah memberi salam,
Hidup ceria, ukhuwah terpelihara .
herm, dah berapa ramai orang beri salam kepada kita hari ni ?
dan yang paling penting, dah berapa banyak salam yang kita dah beri pada orang lain ?
tepuk dada, tanya iman.
kenapa tiba-tiba cerita pasal salam yer?
salah satu sebabnya ialah, saya nak mengajak diri saya khusunya dan anda semua amnya untuk sebarkan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w...
cuba kita lihat, masyarakat zaman sekarang ramai yang tidak tahu akan kebaikan budaya memberi salam ni..
ramai diantara kita yang menganggap memberi salam ini hanya merupakan adat melayu sahaja.
sedangkan, amalan ini sudah lama diamalkan oleh Kekasih Allah dahulu...
Baginda bersabda, " Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, kanak-kanak memeberi salam kepada orang dewasa, dan kumpulan yang sedikit memberi salam kepada kumpulan yang ramai.. "
Tapi, kenapa Nabi suruh kita memberi salam ?
mula-mula, kita kena Faham apa maksud salam...
Salam tu maksudnya selamat dan sejahtera. Salam juga bererti kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada seseorang dengan lafaz yang khusus iaitu;
"ASSALAMUALAIKUM - 10 PAHALA".
" ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH - 20 PAHALA"
ASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WA BARAKATUH - 30 PAHALA "
Apa pula hukum memberi dan menjawab salam?
Memberi salam adalah sunat muakkad ( sangat dituntut ). Memadai seorang sahaja yang meberi salam jika berada dalam 1 kumpuln. Setiap orang mendapat pahala sunat yang dituntut.
Menjawab salam pula Fardhu 'Ain ( WAJIB! ) jika ia bersendirian, manakala fardhu kifayah jika dalam kumpulan yang ramai.
Tapi, ingat ! ada masa-masa makruh untuk kita beri salam kepada seseorang. Antaranya ;
org yg terlalu mengantuk, sdg tidur @ berjimak
org yg berada dlm tandas
org yg sedang azan, solat, baca AQ
org yang sedang berzikir / talbiah / tasbih
org yang sedang mengumpat / melihat maksiat
org yg sedang mengadili dan menjatuhkan hukuman
bila pulak waktu sunat beri salam ?
# ketika bertemu dua saudara
# keluar daripada majlis ilmu
# memasuki rumah / masjid
# memulakan ucapan
# menziarahi dan melalui kubur
ni sahaja coretan pada kali ini. insyaAllah, ade rezeki kita jumpa lagi.
JOM, SEBARKAN SALAM. IT'S SUNNAH ! :)


No comments:
Post a Comment