Assalamualaikum .
Apa itu riba ? Riba ialah lebihan atau pertambahan . Jikalau ianya riba hutang , bermakna bayaran lebihan daripada asal kerana penangguhan atau perjanjian yg disyaratkan . Jika riba jual beli pula bermaksud pertukaran barang ribawi yg tidak sama kadar/nilai persamaannya atau diketahui tetapi berlaku penangguhan salah satu pertukaran dari jenis yang sama .
Riba ni ada 4 jenis :
1) Qard
- sesuatu lebihan terhadap hutang asal yg disyaratkan semasa berhutang .
Contoh : Aku hutangkan kau RM1k dgn syarat kau bayar RM1.5k
2) Jahiliyyah
- sesuatu lebihan terhadap hutang asal kerana penangguhan / lewat bayar hutang .
Contoh : Ali hutang RM1k tetapi sbb lewat bayar , Ali kena bayar RM1.2k
3) Fadl
- Pertukaran (jualbeli) barangan ribawi yg sama jenis dgn lebihan pada salah satu barang .
Contoh : Tukar 1kg beras dgn 1.5kg beras
4) Nasiah
- Pertukaran barangan ribawi yg berbeza jenis dgn menetapkan penangguhan / kelewatan serahan salah satu barang .
Contoh : Tukar 1kg gandum dgn 2.5kg garam secara tertangguh
No comments:
Post a Comment