Setiap hari dalam kehidupan kita mesti diberi pilihan sama ada ingin memilih A @ B.
Kadang-kadang kita menjadi terlalu buntu dan keliru untuk memilih yang mana satu kerana
pilihan yang diberikan memenuhi kehendak dan minat kita.
Namun, kita tidak perlu risau keranasetiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Islam telah meganjurkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan mengerjakan
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH. Apa itu solat sunat istikharah ?
Solat sunat istikharah ialah apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat.
Bagaimana hendak mengerjakannya ?
Lihat tatacara dibawah ~
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah
Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga Allah memberi petunjukNya sepanjang kehidupan kita. ~<3

No comments:
Post a Comment