Sunday, November 18, 2012

SEBIRU HARI INI ~:)




setiap pertemuan pasti akan berhadapan dengan perpisahan.
kadang-kadang, ade orang yang merasakan pahitnya perpisahan buat dirinya.
namun, harus juga diingat, pasti terungkai secebis hikmah di sebalik perpisahan tersebut.

Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang sentiasa mempercayai setiap qada' dan qadarnya.
Oleh itu, sebagai seorang hamba, percayalah dengan kehendakNya.
walau kita sayang macam mana pun dengan seseorang, janganlah kita lupa akan kasih sayang kita terhadap Allah dan kekasihNya, Muhammad.

Sebab itulah dalam setiap hubungan yang dijalin keranaNya, pasti Dia akan menguji dengan pelbagai dugaan agar ikatan yang terjalin itu sentiasa berlandaskan iman dan taqwa.
Tanpa ujian yang mendatang, kita takkan dapat merasa HALAWATUL UKHUWAH ( kemanisan ukhuwah )
sepanjang perkenalan kita.

Biarpun hati hiba menjalani detik itu,
Jangan kita terlalu bersedih di saat tibanya perpisahan...
kerana dengan perpisahan itulah kita akan mengahargai orang yang kita kenal/ rapat selama ini..
Bertemu dan berpisahlah kerana Allah kerana Dialah yang menemukan dan memisahkan kita dengan orang tersebut...
Jika tidak dapat berjumpa semula di dunia, 
nantikanlah di jannah kelak ... :') 

amalkan doa rabithah agar hubungan yang terjalin itu sesuai dengan kehendakNya... :)
Insya-Allah, semoga ukhuwah kita fillah and till jannah ! <3

kepada semua yang mengenali diri ini , hargailah seseorang itu sementara dia masih berada dihadapan kita,
agar kita tidak menyesal di kemudian hari selepas perpisahan melanda :'(
hayatilah erti sebenar UKHUWAH FILLAH ^_^

Terima kasih untuk segalanya ~ {]:)=




No comments:

Post a Comment