Sedang aku rancak berbual bersama rakan-rakan yamg kusayangi,
tiba-tiba muncul seorang rakan menyebut nama seorang jejaka yang tak pernah kukenali,
cukup indah namanya,
aku tertanya-tanya,
" siapakah dia ? mengapa rakan-rakanku yang lain telahpun mengenalinya, sedangkan aku tidak mengetahui apa-apapun mengenai jejaka tersebut ? bukankah aku dan rakan-rakan sering bersama membaca akbar mahupun membincangkan isu-isu semasa ? "
aku terdiam seketika walaupun hatiku sebenarnya sedang bergetar ingin mengetahui perkara yang sebenar. aku juga terfikir, mengapa aku terlalu ingin mengenali jejaka tersebut. padahal jika waktu-waktu sebelumnya , aku tidak terlalu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana jejaka.
lalu, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada rakanku,
" kenapa dengan dia ?"
rakanku menjawab, " takkan kau tak kenal dia Syahira ? semua dah heboh pasal kebaikan dia tau, "
Ya Allah, 'kebaikan dia' ? Adakah dia merupakan hamba Allah yang sangat baik sehingga dikenali di seluruh dunia dan namanya berada di dada-dada akbar ? Namun, apakah kebaikan yang telah dia lakukan ?
hatiku semakin resah dan berdebar.
rakanku memulakan ceritanya. Jejaka itu telah pergi menghadap Rabbul Izzah ketika aku baru sahaja ingin berjuang menempuh ujian dunia. Di saat itu, semua orang berasa kehilangannya. Bukan mudah untuk mencari seorang jejaka seusia muda itu akan melakukan kebaikan seperti yang dilakukan olehnya. Setiap langkahnya hanya diniatkan untuk Islam. Setiap tingkah lakunya tidak pernah mengguriskan prasaan orang disekelilingnya, dan setiap senyumannya memberi seribu satu makna kepada mad'unya. Mungkin itulah keistimewaan orang yang dilindungi Allah.
Astaghfirullah ! aku tidak pernah sesedih ini hanya kerana seorang jejaka muda. Aku tidak menyangka seorang jejaka telah membuka mataku walaupun aku tidak pernah bertemu dan mengenali dirinya. Sungguh, aku bersyukur dapat mengenalinya walaupun ketika akhir hayatnya. Telah lama aku mengharapkan pemuda bangkit seperti yang dilakukannya,. Aku kagum dengan dirinya. Walaupun dia tidak dikenali manusia ketika hayatmya. namun manusia menangis di saat pemergiannya. Cukup syahdu. Disebalik kesedihanku ini, terselit secebis kegembiraan dalah jiwaku apabila membaca kalamNya,
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” [Aal Imran : 169]
terima kasih Allah di atas kematian seorang insan yang menghidupkan jiwa insan yang lain.
DIALAH,
As-Syahid Ahmad Ammar Ahmad Azam,
Syahid Yang Tertangguh .
.jpg)
No comments:
Post a Comment