Wednesday, March 26, 2014

Jalan Yang Ku Pilih

Assalamualaikum ;)

  Rasa dah lama tak update blog . Alhamdulillah , kini aku berpeluang. Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakanku yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 . Sesungguhnya , selayaknya kalian mendapatkan keputusan sedemikian jika ianya hasil titik peluh kalian selama bertahun-tahun lamanya . Sesungguhnya juga kalian akan mendapatkan sesuatu hasil sesuai dengan usaha kalian . Tahniah sekali lagi . Seterusnya kepada rakan-rakan yang merasakan diri kalian tidak berjaya , harap sangat kalian redha dengan segalanya . Allah itu Maha Adil . Perjuangan kalian seharusnya tidak berhenti setakat ini sahaja . Dengan keputusan sebeginilah yang akan membuatkan kalian terus bangkit dari lamunan . Percayalah ! Ingat . Kita bukan gagal . Namun , kita hanya kurang berjaya . Allah sayang kalian . Oleh sebab itu dia menguji kalian sebegini rupa . Kita harus ingat tak semua kejayaan itu nikmat , kejayaan juga merupakan ujian . Jika mereka yang berjaya diuji dengan kenikmatan , kita yang kurang berjaya ini pula diuji dengan keperitan.. Dan tak semestinya berjaya sekarang , berjaya selamanya . Pelbagai mehnah dunia yang perlu ditempuh . Semua itu dapat diatasi dengan kepatuhan kita kepada Yang Maha Esa . Teruskan berusaha dan berharap daripada -Nya . Orang yang berjaya bukanlah dinilai daripada peperiksaan semata-mata . Kejayan dalam peperiksaan jauh berbeza dengan kejayaan dalam kehidupan . Ada orang cemerlang dalam peperiksaan , tapi gagal dalam kehidupannya . Ada pula orang yang gagal dalam peperiksaan , tapi cemerlang pula dalam kehidupannya . Semua itu bergantung pada kekuatan dalaman kita . Jika iman kita lemah , maka kehidupan jadi musnah . Jika iman kita bertambah , kehidupan juga makin cerah . All about our faith . How we will face it . Kita yang tentukan untuk memilih jalan berduka atau jalan yang penuh suka . Jalan keimanan atau jalan kemaksiatan . Jalan kebaikan atau jalan keburukan . Kuasa memilih terletak pada iman , bukan pada nafsu . Biar kita yang mempengaruhi nafsu , jangan kita yang terperanguh melulu . Allah sentiasa bersama kita tatkala kita gundah mahupun gumbira . Keep calm and say Alhamdulillah . Everything happens for a reason . Keep mujahadah dear ! 

Put Allah first in our heart :)

No comments:

Post a Comment